Saturday, June 5, 2010

PROGRAM ICT DI PUSAT JALUR LEBAR KOMUNITI FELDA ULU TEBRAU

Intel Learn Program

Di anjurkan Oleh Danawa Resources Sdn Bhd dan Kerjasama oleh pihak Suruhanjaya komunikasi dan multimedia Malaysia (SKMM), untuk program Pembelajaran "Intel Learn Program " yang di adakan pada 24 hingga 28 Mei 2010 dari pukul 8.30 pagi-5.30 petang.

Program yang diberikan secara percuma bai menggalakkan penduduk yang tinggal di kawasan persekitaran mengikuti latihan penggunaan komputer dan program ICT.Dengan adanya program latihan tersebut masyarakat dari pelbagai lapisan terutamanya masyarakat FELDA dapat diberi pendedahan,penegetahuan dan kemahiran ICT yang dapat dimanafaatkan untuk kegunaan harian dan pekerjaan.

Sijil penghargaan akan disampaikan pada hari pelancaran Pusat Jalur Lebar Komuniti kerjasama dari Pihak PJK dan Danawa Resources Sdn Bhd serta pihak SKMM.





Program Pembelajaran "One Laptop Per Child (OLPC)

Di anjurkan Oleh Danawa Resources Sdn Bhd dengan kerjasama pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), dalam program pembelajaran "One Laptop Per Child (OLPC)", di adakan pada 23 hingga 28 Mei 2010 pada pukul (Sesi 1 8.00 pagi-11 pagi dan sesi 2 12.00 tengah hari - 3 petang).

Diberi secara percuma bagi menggalakan kanak-kanak yang tinggal di kawasan pendalaman dapat mengikuti kelas mempelajari penggunaan komputer bagi tujuan masa hadapan mereka serta tujuan menyahut saranan kerajaan Malaysia bagi memperluaskan Jalur Lebar ke seluruh Malaysia.




* Percuma bagi pembukaan Pusat Jalur Lebar Komuniti sahaja.

video

No comments:

Post a Comment